More

    Rekaan realme Pad didedahkan, bakal dilancar pada 9 September

    realme dijangka akan melancarkan tablet pertamanya yang bernama realme Pad pada 9 September ini jam 12:30 tengah hari di India (3:00 petang waktu Malaysia). Kini, laman web e-dagang Flipkart telah mendedahkan rupa hadapan dan belakang peranti tersebut.

    realme Pad bakal dilengkapi skrin berukuran 10.4 inci dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 82.5% dan resolusi 2000×1200. Setakat ini masih tidak pasti jika ia akan dilengkapi skrin AMOLED atau tidak.

    Di belakang pula, realme Pad mempunyai satu kamera sahaja. Tablet ini bakal mempunyai kenipisan 6.9mm sahaja dan akan ditawarkan dalam warna emas atau kelabu.

    Setakat ini, spesifikasi yang tertiris untuk realme Pad adalah cipset Helio G80, RAM 4GB, storan 64GB, empat pembesar suara dan bateri 7,100mAh. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...