Site icon TechNave BM

Tablet kecil realme Pad Mini diumum, dilengkapi skrin 8.7 inci

realme telah memperkenalkan tablet pertamanya, realme Pad, pada tahun lepas di mana ia menawarkan skrin 10.4 inci pada harga yang sangat berpatutan. Kini realme bakal melancarkan sebuah lagi tablet namun kali ini dengan saiz yang lebih kompak.

realme bakal melancarkan tablet realme Pad Mini di Filipina, di mana ia mempunyai saiz skrin yang lebih kecil iaitu 8.7 inci. Skrin tersebut bakal mempunyai resolusi 1340×800 manakala spesifikasi dalaman pula terdiri daripada cipset Unisoc T616, RAM 3GB atau 4GB serta storan dalaman 32GB atau 64GB.

realme Pad Mini turut dilengkapi bateri 6,400mAh, pengecasan 18W dan menyokong rangkaian 4G LTE. Spesifikasi kameranya masih belum diketahui, namun ia dijangka akan terdiri daripada kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP.

Badannya pula dibuat daripada aloi aluminium, mempunyai ketebalan 7.6mm dan ketebalan 372 gram serta pilihan warna kelabu atau biru.

Jika anda berminat untuk memiliki realme Pad sekarang, ia dijual di Malaysia pada harga bermula RM899.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet realme baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Hungry Geeks

Exit mobile version