More

    Tablet kecil realme Pad Mini diumum, dilengkapi skrin 8.7 inci

    realme telah memperkenalkan tablet pertamanya, realme Pad, pada tahun lepas di mana ia menawarkan skrin 10.4 inci pada harga yang sangat berpatutan. Kini realme bakal melancarkan sebuah lagi tablet namun kali ini dengan saiz yang lebih kompak.

    realme bakal melancarkan tablet realme Pad Mini di Filipina, di mana ia mempunyai saiz skrin yang lebih kecil iaitu 8.7 inci. Skrin tersebut bakal mempunyai resolusi 1340×800 manakala spesifikasi dalaman pula terdiri daripada cipset Unisoc T616, RAM 3GB atau 4GB serta storan dalaman 32GB atau 64GB.

    realme Pad Mini turut dilengkapi bateri 6,400mAh, pengecasan 18W dan menyokong rangkaian 4G LTE. Spesifikasi kameranya masih belum diketahui, namun ia dijangka akan terdiri daripada kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP.

    Badannya pula dibuat daripada aloi aluminium, mempunyai ketebalan 7.6mm dan ketebalan 372 gram serta pilihan warna kelabu atau biru.

    Jika anda berminat untuk memiliki realme Pad sekarang, ia dijual di Malaysia pada harga bermula RM899.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet realme baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Hungry Geeks

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured