TechLife hari ini melancarkan TechLife Pad Plus 12” LTE iaitu sebuah tablet terbaharu yang direka untuk gabungan prestasi, rekaan moden dan ciri kecerdasan buatan dalam harga mesra poket. Ia hadir dengan paparan 12 inci FHD+ (2000×1200) dan nisbah skrin-ke-badan 85% serta empat pembesar suara stereo.
TechLife Pad Plus 12” LTE menggunakan cip MediaTek Helio G91 dipadankan dengan RAM 16GB (8GB fizikal + 8GB tambahan) serta storan dalaman 256GB dengan sokongan kad microSD sehingga 1TB. Menjalankan Android 15 bersama TechLife Pad UI, peranti ini turut menampilkan integrasi Google Gemini untuk fungsi AI seperti bantuan teks dan cadangan pintar.
Ia dilengkapi bateri 8000mAh yang mampu bertahan sehingga 13 jam tontonan video dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C serta pengecasan berbalik 5W. Sempena pelancaran, TechLife menawarkan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM398, tertakluk kepada stok sedia ada.
Pembelian dalam talian di Shopee, Lazada dan TikTok Shop akan menerima papan kekunci TechLife bernilai RM299 manakala pembelian di pengedar sah realme akan disertakan papan kekunci dan beg simpanan TechLife dengan nilai keseluruhan RM398. Promosi ini bermula 31 Oktober 2025 di semua saluran jualan rasmi.
TechLife Pad Plus 12” LTE akan mula dijual di Malaysia bermula 31 Oktober 2025 pada harga RM799 dan boleh didapati menerusi kedai rasmi TechLife di Shopee, Lazada, TikTok Shop serta pengedar sah realme seluruh negara. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

