More

    TechLife Pad Plus 12” LTE rasmi di Malaysia dengan Helio G91, bateri 8,000mAh berharga RM799

    TechLife hari ini melancarkan TechLife Pad Plus 12” LTE iaitu sebuah tablet terbaharu yang direka untuk gabungan prestasi, rekaan moden dan ciri kecerdasan buatan dalam harga mesra poket. Ia hadir dengan paparan 12 inci FHD+ (2000×1200) dan nisbah skrin-ke-badan 85% serta empat pembesar suara stereo.

    TechLife Pad Plus 12” LTE menggunakan cip MediaTek Helio G91 dipadankan dengan RAM 16GB (8GB fizikal + 8GB tambahan) serta storan dalaman 256GB dengan sokongan kad microSD sehingga 1TB. Menjalankan Android 15 bersama TechLife Pad UI, peranti ini turut menampilkan integrasi Google Gemini untuk fungsi AI seperti bantuan teks dan cadangan pintar.

    Ia dilengkapi bateri 8000mAh yang mampu bertahan sehingga 13 jam tontonan video dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C serta pengecasan berbalik 5W. Sempena pelancaran, TechLife menawarkan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM398, tertakluk kepada stok sedia ada.

    Pembelian dalam talian di Shopee, Lazada dan TikTok Shop akan menerima papan kekunci TechLife bernilai RM299 manakala pembelian di pengedar sah realme akan disertakan papan kekunci dan beg simpanan TechLife dengan nilai keseluruhan RM398. Promosi ini bermula 31 Oktober 2025 di semua saluran jualan rasmi.

    TechLife Pad Plus 12” LTE akan mula dijual di Malaysia bermula 31 Oktober 2025 pada harga RM799 dan boleh didapati menerusi kedai rasmi TechLife di Shopee, Lazada, TikTok Shop serta pengedar sah realme seluruh negara. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...