Site icon TechNave BM

Siri Redmi Note generasi baru mungkin hadir dengan pengecasan 100W!

Antara barisan produk mereka yang terlaris dari Xiaomi adalah siri Redmi Note mereka. Setiap tahun, peranti dari siri ini akan menjadi antara produk yang terlaris satu dunia. Ini disebabkan oleh harganya yang berpatutan dan dilengkapi ciri-ciri istimewa dari segmen premium.

Terbaru, sumber dalam talian menyatakan bahawa telefon siri Redmi Note bakal menyokong pengecasan pantas setinggi 100W pada masa hadapan. Buat masa ini, kadar pengecasan yang terpantas yang ditawarkan dari siri ini adalah 67W (pada Redmi Note 10 Pro 5G).

Ini tidak mengejutkan kerana Xiaomi adalah syarikat yang mempunyai teknologi pengecasan yang maju kehadapan berbanding syarikat telefon pintar lain. Baru-baru ini, mereka perkenalkan pengecasan HyperCharge yang mampu mengecas sepantas 200W.

Pengecasan pantas 200W

Selain itu, mereka juga pernah menunjukkan pengecasan wayarles jarak jauh, yang pertama di dunia.

Jadi, adakah siri Redmi Note 11 kelak bakal dilengkapi pengecasan pantas 100W? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version