Telefon andalan Xiaomi yang padu! – Unboxing Xiaomi Mi 11

Terbaru, Xiaomi telah melancarkan telefon kelas andalan terbaru mereka, Xiaomi Mi 11 untuk pasaran Malaysia. Xiaomi Mi 11 adalah telefon pertama di Malaysia yang hadir dengan cipset Snapdragon 888.

Selain dari cipset terbaru Qualcomm, Xiaomi Mi 11 juga hadir dengan pelbagai ciri baru yang menarik termasuklah skrin beresolusi WQHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Mi 11 dilihat mempunyai perbezaan yang ketara dengan Mi 10 tahun lalu.

Apa lagi yang menarik mengenai Xiaomi Mi 11 kali ini? Mari tonton video buka kotak dan pandangan pertama kami. Ikuti kami di YouTube untuk video teknologi terkini.