Telefon berpatutan dengan skrin 120Hz! – POCO X3 NFC

Dalam video kali ini, kami membawakan sebuah telefon kelas pertengahan yang terbaru dari POCO, iaitu POCO X3 NFC. POCO X3 NFC ini adalah telefon rekaan dan buatan POCO yang kedua selepas POCO F1 yang dilancarkan pada dua tahun yang lepas.

Telefon pintar ini dijual pada tanda harga serendah RM899 sahaja dan spesifikasi yang hadir dengan peranti ini sangat hebat. Ia hadir dengan skrin dengan kadar segar semula 120Hz, pembesar suara stereo, kamera utama 64MP dan macam-macam lagi.

Adakah peranti ini berbaloi untuk anda? Mari tonton video untuk lihat butiran lanjut mengenai peranti ini dan ikuti kami di YouTube untuk video menarik terkini.