Site icon TechNave BM

Telefon ‘flagship’ Xiaomi seterusnya mungkin bakal dilengkapi badan seramik

Xiaomi dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar flagship yang merupakan varian tercanggih untuk siri Mi 10. Menurut pengasas Xiaomi, Lei Jun, beliau memberi sedikit petunjuk tentang peranti tersebut di laman Weibo beliau.

Lei Jun seolah-olah menggilakan terhadap Xiomi Mi MIX 2 versi seramik dan memuji-muji telefon tersebut, walaupun ia sudah pun berumur tiga tahun. Dalam tiga kiriman yang berasingan di Weibo, beliau mengetengahkan badan seramik pada peranti tersebut dan mungkin memberi petunjuk bahawa peranti seterusnya akan dibuat daripada bahan yang sama.

Selain itu, seorang ahli Kumpulan Tindak Balas Komuniti Xiaomi yang merupakan pekerja untuk Xiaomi memuat naik sebuah gambar Mi 10 versi “Super Large Cup” yang dibuat daripada seramik.

Satu lagi petunjuk diberikan oleh sumber terkenal Digital Chat Station yang mengatakan flagship Xiaomi seterusnya bakal mempunyai versi seramik.

Sebelum ini, telefon seramik yang paling terbaru dalam industri adalah Huawei P40 Pro+. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version