Site icon TechNave BM

Telefon “gaming” Redmi mungkin hadir Mac ini, dilengkapi skrin E4 AMOLED, Dimensity 1200

Awal tahun ini, Pengurus Am Redmi Lu Weibing telah mendedahkan bahawa jenama tersebut bakal mengeluarkan telefon gaming pada tahun 2021. Terkini, Lu Weibing mengacah spesifikasi skrin E4 AMOLED dari Samsung yang akan menghuni sebuah peranti misteri pada Mac ini.

Menurut siarannya di Weibo, terdapat pelbagai produk baharu yang bakal dilancar Mac ini. Acahan spesifikasi skrin tersebut membawa kepada jangkaan bahawa produk baharu tersebut bakal memiliki skrin E4 AMOLED seperti siri Redmi K40.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pendedah maklumat popular Digital Chat Station yang pernah mendedahkan bahawa telefon gaming Redmi bakal hadir pada Mac ini dengan cipset MediaTek Dimensity 2000. Setakat ini, hanya telefon gaming Redmi yang dijangka hadir pada bulan Mac. Oleh itu, sumber percaya bahawa Lu Weibing merujuk kepada telefon gaming Redmi yang bakal hadir.

Sepintas lalu, anda boleh menyemak berita pelancaran siri Redmi K40 di pautan ini. Apakah jangkaan dan harapan anda terhadap telefon gaming Redmi? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version