Site icon TechNave BM

Telefon HUAWEI dengan dua skrin muncul dalam talian, pesaing Mi 11 Ultra?

Terbaru, HUAWEI dilihat telah mempatenkan sebuah telefon yang hadir dengan skrin tambahan pada panel belakangnya. Kemudiannya, seorang pereka bentuk telah menggunakan gambar paten tersebut untuk menghasilkan gambar 3D yang berkualiti tinggi.

Melihat kepada gambar yang direka itu, peranti tersebut hadir dengan dua kamera swafoto pada bahagian depan. Untuk skrinnya pula, ia dilihat menggunakan skrin melengkung yang hadir dengan bezel yang nipis di atas dan bawah telefon.

Di bahagian belakang peranti pula, ia hadir dengan skrin kecil yang terletak di sebelah modul kameranya. Skrin kedua ini boleh menunjukkan pelbagai informasi termasuklah tarikh, waktu, ramalan cuaca, bateri telefon dan juga notifikasi telefon. Tambahan lagi, skrin ini juga boleh digunakan untuk memudahkan pengguna mengambil gambar swafoto dengan kamera utamanya.

Namun, jika skrin keduanya boleh digunakan untuk mengambil swofoto, kamera swafoto telefon ini tidak lagi penting kerana sering kali kualiti kamera utama adalah lebih baik dari kamera swafoto sesebuah telefon.

Sebelum ini, sebuah telefon dengan skrin di panel belakangnya telah muncul di dalam talian dengan nama Xiaomi Mi 11 Ultra.

Adakah ini pesaing untuk Mi 11 Ultra yang mungkin akan dilancar dalam masa yang terdekat? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version