More

    Video spesifikasi Xiaomi Mi 11 Ultra bocor! Ada skrin tambahan di belakang, zum 120x

    Setelah Xiaomi Mi 11 dilancar, ura-ura mengenai Xiaomi Mi 11 Pro dan Xiaomi Mi 11 Lite telah timbul. Buat kali pertama, sumber mendakwa gambar dan video Xiaomi Mi 11 Ultra telah didedahkan.

    Untuk pengetahuan anda, ia pada mulanya dimuat naik melalui sebuah video oleh seorang YouTuber Filipina, Tech Buff PH. Peranti yang didakwa sebagai Mi 11 Ultra ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, tetapi memiliki nombor model M2102K1G, sama dengan peranti yang baru-baru ini diluluskan di agensi BIS.

    Video ini kemudiannya dipadam, namun sumber sempat membuat tangkapan skrin beberapa gambar peranti yang didakwa sebagai Mi 11 Ultra. Menariknya, modul kamera dengan bonggol tebal pada peranti ini memiliki skrin tambahan kecil yang memaparkan paparan skrin utama.

    Peranti ini memiliki pilihan warna putih dan hitam. Pada bahagian panel belakang, terdapat kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 48MP dan kamera periskop telefoto 48MP. Peranti berwarna putih memaparkan tulisan 120X Ultra Pixel AI Camera pada modul kamera, mungkin berupaya untuk zum sehingga 120x. Tulisan di belakang peranti berwarna hitam pula kelihatan lebih panjang, namun kami tidak dapat membaca tulisan tersebut.

    Spesifikasi lain yang ditunjuk adalah skrin OLED kuad-lengkung 6.8 inci dengan resolusi WQHD+ 120Hz, kamera swafoto 20MP, rating IP68, bateri 5000mAh, pembesar suara oleh Harman Kardon, Snapdragon 888 dan pengecasan pantas berwayar/wayarles 67W.

    Jika peranti ini benar adalah Xiaomi Mi 11 Ultra, mungkin kita boleh menjangkakan berita mengenai spesifikasinya yang lebih sahih pada hari-hari yang akan datang. Adakah anda berminat dengan Xiaomi Mi 11 Ultra? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi tekrini.

    Sumber: XDA Developers

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...