Telefon kelas permulaan dengan ciri yang padu! – ‘Unboxing’ realme C12

Selepas realme C11 dilancarkan di Malaysia pada bulan lepas, kini realme lancarkan satu lagi telefon kelas permulaan iaitu realme C12. realme C12 datang dengan ciri-ciri yang menarik seperti bateri gergasi 6,000 mAh dan sensor cap jari pada panel belakang kalis kotor.

Setakat ini, ia masih tidak mempunyai harga dan varian rasmi memandangkan ia bakal dilancarkan secara rasmi pada 25 Ogos ini di pasaran Malaysia. Namun, kami mempunyai anggaran dan ramalan harga kami tersendiri. Anda boleh semak spesifikasi dan harga yang akan dikemas kini setiap hari dari masa ke masa di pautan ini.

Mari tonton video ini untuk butiran yang lebih lanjut mengenai realme C12. Ikuti kami di YouTube untuk video kami yang terbaru. Persoalannya, adakah realme akan kekal melancarkan sebuah lagi peranti kelas permulaan pada bulan hadapan? Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.