Telefon kelas permulaan dengan skrin 90Hz dan ‘Stereo Speaker’! – OPPO A53

Pada awal bulan ni, OPPO telah melancarkan telefon kelas permulaan mereka yang sangat menarik iaitu OPPO A53. Telefon ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri istimewa seperti skrin dengan kadar segar semula 90Hz, pembesar suara stereo dan macam-macam lagi.

Kami berpeluang untuk menggunakan telefon ni untuk beberapa minggu dan dalam video ini, kami akan ulaskan secara menyeluruh mengenai peranti ini. Ada ianya berbaloi dengan harga yang ditawarkan?

Mari tonton video ini untuk jawapannya dan ikuti kami di YouTube untuk video teknologi terkini.