Telefon kelas pertengahan yang berbaloi ! – Unboxing realme 7

Dalam video kali ini, kami membuka kotak sebuah lagi peranti kelas pertengahan dalam siri realme 7 iaitu realme 7. Ia merupakan ‘adik’ kepada telefon realme 7 Pro yang mempunyai spesifikasi dan ciri teknologi yang lebih baik dan hebat berbanding versi yang biasa ini.

Walaupun ianya tidak hadir dengan perkataan ‘pro’ pada namanya, ia masih mempunyai spesifikasi yang menarik seperti skrin dengan kadar segar semula 90Hz, cipset baru Mediatek Helio G95 dan macam-macam lagi. Namun, jika ianya dibandingkan dengan realme 6, telefon generasi sebelumnya, ianya dilihat mempunyai penambaikan yang minima sahaja dari segala aspek.

Mari tonton video ini untuk butiran lebih lanjut mengenai telefon baru realme ini dan ikuti YouTube kami untuk video teknologi terkini.