Site icon TechNave BM

Telefon lipat pertama OnePlus mungkin sekadar dijenamakan semula daripada OPPO Find N

Semakin banyak jenama telefon pintar kini telah mengorak langkah dalam industri telefon pintar lipat seperti HONOR, OPPO dan vivo. Kini, OnePlus juga dikhabarkan bakal memperkenalkan telefon lipatnya yang pertama.

Sungguh pun begitu, telefon lipat OnePlus yang pertama itu mungkin sekadar OPPO Find N yang dijenamakan semula untuk OnePlus. OPPO Find N adalah telefon lipat pertama OPPO yang diperkenalkan pada bulan Disember 2021 namun ia hanya dijual di China.

Memandangkan OnePlus kini sudah berada di bawah naungan OPPO, logik untuk difikirkan jika OPPO Find N dijenamakan semula untuk OnePlus. Tindakan penjenamaan semula ini sering dilakukan dalam industri telefon pintar, terutamanya di kalangan jenama yang berada di bawah naungan sebuah syarikat seperti Redmi dan POCO yang berada bawah Xiaomi.

Sebelum ini, OPPO Find N menampilkan skrin lipat AMOLED LTPO berukuran 7.1 inci dengan resolusi 1792×1920 dan kadar segar semula 120Hz, manakala skrin hadapan pula adalah skrin AMOLED berukuran 5.49 inci. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan kerana nisbah aspeknya yang lebih petak berbanding telefon lipat lain di pasaran.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat OnePlus dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Price Baba

Exit mobile version