Telefon untuk kaki travel! – OPPO Reno4 Pro

Selepas hanya beberapa bulan OPPO melancarkan ciri OPPO Reno3, kini OPPO melancarkan siri baru OPPO Reno4 pula di pasaran Malaysia. Telefon ini padat dengan spesifikasi yang menarik seperti pengecasan pantas 65W, skrin AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz dan lain-lain.

Lebih menarik, telefon ini hadir dengan ciri-ciri kamera yang menonjol seperti AI Color Portrait dan Night Flare Portrait yang dapat menghasilkan gambar yang lebih cantik. Dengan tanda harga RM2399 untuk RAM 8GB serta storan 256GB, adakah ianya berbaloi untuk dibeli?

Tonton video ini untuk butiran lanjut mengenai OPPO Reno4 Pro dan ikuti kami di YouTube TechNave BM.