Site icon TechNave BM

Tempoh penghantaran iPhone 15 Pro & Pro Max ditangguhkan kepada 4-5 minggu

Ramai peminat iPhone dan pengguna teknologi nampaknya beratur untuk mendapatkan siri iPhone 15. Pra-pesanan produk terbaru Apple bermula minggu lepas pada 22 September tetapi pelanggan perlu menunggu lebih lama sebelum penghantaran tiba.

Pada mulanya, kami melaporkan bahawa pelanggan yang membuat pra-pesan iPhone 15 Pro atau iPhone 15 Pro Max perlu menunggu sehingga 10 hingga 17 Oktober 2023. Walau bagaimanapun, Apple nampaknya telah menukar tempoh penghantaran daripada 2-3 minggu kepada 4-5 minggu lagi menunjukkan tarikh baharu untuk mendapat varian pro adalah pada awal November.

Bagi iPhone 15 dan iPhone 15 Plus, tempoh penghantaran kekal tidak berubah jadi pelanggan mesti menunggu selama seminggu atau 10 hari bekerja. Pembekal telekomunikasi juga masih belum mengetahui tarikh penghantaran kecuali Celcom tetapi syarikat itu hanya mengatakan mulai 29 September 2023.

Jika anda ingin membandingkan semua pelan pascabayar dari CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes 5G, anda boleh mulakan pada pautan di bawah:

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version