Pada Januari lalu, presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi ruang kepada TikTok untuk terus beroperasi dalam negara itu selama 75 hari sementara mereka mencari pelabur AS untuk membeli operasinya.
Tempoh itu sepatutnya berakhir pada hari ini, namun Trump memberi muka kepada TikTok dan memberi lagi tempoh 75 hari untuk benarkan TikTok terus beroperasi dan mencari pelabur tempatan bagi mengambil alih operasinya. Perkara itu diumumkan dalam media sosial Truth Social dan beliau telah menandatangani Arahan Eksekutif untuk menguatkuasakannya.
Beliau berkata urusan melibatkan TikTok masih memerlukan beberapa kelulusan dan ingin bekerjasama dengan erat bersama China. Beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak mahu TikTok “bergelap”, ini pastinya bermaksud beliau tidak ingin TikTok diharamkan dalam AS.
Beberapa pihak AS yang berhasrat untuk membeli TikTok termasuklah syarikat e-dagang Amazon, syarikat teknologi Microsoft dan pempengaruh terkemuka Mr. Beast. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

