More

    Tidak sampai 24 jam, TikTok kini dibenarkan semula di Amerika Syarikat

    Selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengharamkan aplikasi media sosial TikTok di negara tersebut pada 19 Januari 2025, mereka bertindak membatalkan pengharaman aplikasi itu dalam masa sekitar 12 jam selepas ia berkuat kuasa. Para pengguna TikTok di AS kini boleh mengakses semula aplikasi itu, selepas akses kepadanya disekat selama beberapa jam.

    Tindakan tersebut diambil selepas presiden AS baharu Donald Trump membenarkan semula penggunaan TikTok oleh rakyat AS. Malah, TikTok sendiri memaparkan mesej bahawa aplikasi itu kini dikembalikan semula kepada para pengguna AS atas usaha Trump.

    Mesej yang dipaparkan oleh TikTok kepada para pengguna di AS

    Trump berkata beliau akan mengarahkan sebuah arahan eksekutif bagi menangguhkan undang-undang yang mengharamkan TikTok. Tindakan ini mungkin diambil bagi mendapatkan sokongan politik dalam kalangan rakyat AS yang menggunakan TikTok untuk menyebarkan sokongan terhadap Trump sewaktu pilihan raya pada tahun lalu.

    Presiden AS itu merancang untuk memberikan tempoh 90 hari kepada TikTok supaya platform itu boleh dijual kepada syarikat yang berpengkalan di AS atau negara-negara sekutunya. Buat masa ini, TikTok dimiliki oleh ByteDance iaitu syarikat teknologi yang berpengkalan di China.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...