TikTok Shop mengumumkan ketibaan ciri Pusat Beli-belah baharunya di Malaysia untuk memudahkan pengguna mencari lebih banyak pilihan produk dan membantu peniaga mengurus pesanan dengan lebih baik dalam TikTok Shop. Ciri tersebut terletak dalam tab ‘Kedai’ yang mudah diakses.
Dalam ciri Pusat Beli-belah, TikTok Shop menjadikan membeli-belah mudah dengan memperkemas aliran beli-belah pengguna di mana mereka boleh mengakses terus apa sahaja yang berkaitan dengan aktiviti membeli-belah dalam satu tab. Untuk mengakses Pusat Beli-belah, pengguna perlu memastikan aplikasi dikemas kini terlebih dahulu.
Setelah log masuk, pengguna hanya perlu meleret ke kanan pada bahagian atas skrin di mana dan kemudian akan dapat melihat pesanan, troli, sejarah beli-belah, berbual dengan penjual dan menetapkan alamat serta kaedah pembayaran.
Produk dalam ciri Pusat Beli-belah telah dibahagikan mengikut kategori supaya pengguna dapat mencari apa yang mereka cari dengan cepat dan mudah. Di bahagian atas halaman terdapat juga maklumat jualan kilat dan pemasa kira detik. Jadi pengguna tidak terlepas maklumat tentang item yang sedang dijual.
Bagi peniaga, ciri Pusat Beli-belah menyediakan jualan kilat dan snap jenama semasa jualan harian dan jualan besar dalam kempen akan datang, seperti TikTok Shop Bazaar Ramadan, yang bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga 22 Mac 2023, diikuti dengan TikTok Shop Bazaar Raya dari 23 Mac hingga 4 April 2023.
Sepanjang tempoh kempen ini, pembeli boleh mendapat manfaat daripada ganjaran dan tawaran daripada kedai yang mengambil bahagian serta peluang untuk memenangi duit raya melalui cabaran hashtag #TikTokShopBazaarRamadan dan #TikTokShopBazaarRaya di TikTok Shop.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri Pusat Beli-belah dengan promosi kempen yang akan datang di TikTok dan TikTok Shop, sila lawati #TikTokShopShoppingCenter. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

