More

    TikTok umum ciri Pusat Beli-belah, mudahkan pengguna ketika berbelanja

    TikTok Shop mengumumkan ketibaan ciri Pusat Beli-belah baharunya di Malaysia untuk memudahkan pengguna mencari lebih banyak pilihan produk dan membantu peniaga mengurus pesanan dengan lebih baik dalam TikTok Shop. Ciri tersebut terletak dalam tab ‘Kedai’ yang mudah diakses.

    Dalam ciri Pusat Beli-belah, TikTok Shop menjadikan membeli-belah mudah dengan memperkemas aliran beli-belah pengguna di mana mereka boleh mengakses terus apa sahaja yang berkaitan dengan aktiviti membeli-belah dalam satu tab. Untuk mengakses Pusat Beli-belah, pengguna perlu memastikan aplikasi dikemas kini terlebih dahulu.

    Setelah log masuk, pengguna hanya perlu meleret ke kanan pada bahagian atas skrin di mana dan kemudian akan dapat melihat pesanan, troli, sejarah beli-belah, berbual dengan penjual dan menetapkan alamat serta kaedah pembayaran.

    Produk dalam ciri Pusat Beli-belah telah dibahagikan mengikut kategori supaya pengguna dapat mencari apa yang mereka cari dengan cepat dan mudah. Di bahagian atas halaman terdapat juga maklumat jualan kilat dan pemasa kira detik. Jadi pengguna tidak terlepas maklumat tentang item yang sedang dijual.

    Bagi peniaga, ciri Pusat Beli-belah menyediakan jualan kilat dan snap jenama semasa jualan harian dan jualan besar dalam kempen akan datang, seperti TikTok Shop Bazaar Ramadan, yang bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga 22 Mac 2023, diikuti dengan TikTok Shop Bazaar Raya dari 23 Mac hingga 4 April 2023.

    Sepanjang tempoh kempen ini, pembeli boleh mendapat manfaat daripada ganjaran dan tawaran daripada kedai yang mengambil bahagian serta peluang untuk memenangi duit raya melalui cabaran hashtag #TikTokShopBazaarRamadan dan #TikTokShopBazaarRaya di TikTok Shop.

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri Pusat Beli-belah dengan promosi kempen yang akan datang di TikTok dan TikTok Shop, sila lawati #TikTokShopShoppingCenter. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    F1 kembali ke Malaysia! Sepang dipilih ganti perlumbaan Bahrain yang dibatalkan

    Litar Antarabangsa Sepang disahkan bakal menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 pada 4 Oktober ini bagi menggantikan perlumbaan Grand Prix Bahrain yang...

    WhatsApp Web kini lengkap dengan panggilan suara, video dan “call transfer”

    WhatsApp secara rasmi memperkenalkan sokongan panggilan suara dan video terus pada perkhidmatan WhatsApp Web. Pengguna kini boleh membuat serta menerima panggilan secara...

    Philips cipta rekod Malaysia, gosok 49 kemeja sekolah dalam masa sejam

    Philips Domestic Appliances Malaysia melakar sejarah baharu menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori "Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured