Site icon TechNave BM

Touch ‘n Go eWallet mahu anda berwaspada dengan panggilan atau mesej daripada staf TNG palsu

Baru-baru ini, perkhidmatan e-dompet Touch ‘n Go (TNG) eWallet mengingatkan para pengguna supaya tidak terpedaya dengan sebarang mesej atau panggilan WhatsApp daripada sesiapa yang menyamar sebagai kakitangan atau staf TNG eWallet.

Panggilan atau mesej palsu ini akan meminta para pengguna untuk melakukan transaksi dan mengesahkannya melalui TapSecure. Para pengguna diingatkan untuk tidak melayan panggilan dan mesej seperti ini dan jangan biarkan sesiapa sahaja menyuruh anda untuk mengesahkan transaksi dengan TapSecure.

TapSecure adalah ciri keselamatan dalam TNG eWallet yang membenarkan pengguna sebenar sahaja untuk membuat transaksi.

Sebelum ini, TNG eWallet merupakan e-dompet pertama yang menguatkuasakan lima langkah keselamatan yang diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia, bagi mengukuhkan keselamatan buat para pengguna. Walaupun begitu, para pengguna masih perlu peka dengan sebarang panggilan telefon atau mesej yang mencurigakan supaya akaun TNG mereka kekal selamat.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version