Site icon TechNave BM

Trackless tram kini di Putrajaya, tambang percuma dari 1 hingga 4 Februari ini

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, kini penduduk Putrajaya boleh menikmati perkhidmatan trackless tram baharu secara percuma! Untuk pengetahuan, trackless tram ini sedang melakukan percubaan sempena Hari Terbuka Putrajaya 2024 sehingga Disember 2024.

Perkara ini dimaklumkan melalui sebuah hantaran di Facebook rasmi Perbadanan Putrajaya. Pihaknya menyeru penduduk di sekitar Putrajaya untuk mencuba sendiri projek rintis Transit Aliran Automatik (ART) ini secara percuma.

Fasa ujian diadakan di tengah-tengah jalan utama berhadapan Kompleks Perbadanan Putrajaya. Selain daripada Putrajaya, Sarawak juga sebelum ini telah memulakan langkah untuk menguji Trem ART berkuasa hidrogen pertama dunia di Tanah Genting Kuching diikuti sepanjang laluan Kuching-Samarahan.

Kepada penduduk di Putrajaya, anda dialu-alukan untuk mencuba sendiri trackless tram ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version