Site icon TechNave BM

Trump perkenal perkhidmatan telco sendiri, lengkap dengan telefon edisi khas

Donald Trump kini menceburi bidang telekomunikasi dengan pelancaran jenama baharu bernama Trump Mobile yang bakal menawarkan perkhidmatan mudah alih di seluruh Amerika Syarikat. Trump Mobile akan beroperasi sebagai MVNO (Operator Rangkaian Maya Mudah Alih) menggunakan infrastruktur rangkaian daripada syarikat-syarikat besar seperti AT&T, Verizon dan T-Mobile.

Untuk pengetahuan, syarikat ini akan diuruskan oleh diuruskan oleh anak-anak beliau, Donald Jr. dan Eric Trump. Antara tawaran utamanya ialah The 47 Plan yang dinamakan bersempena kedudukan Trump sebagai Presiden AS ke-47 dan ke-45 dengan harga langganan $47.45 sebulan.

Pelan ini merangkumi:

Trump Mobile juga memperkenalkan telefon pintar eksklusif dinamakan Trump T1 Phone dengan kemasan warna emas berharga $499. Telefon ini dijadualkan dilancarkan sekitar Ogos atau September tahun ini dan ia “direka dan dibina dengan bangga di Amerika Syarikat”. Trump T1 Phone hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz.

Ia dilengkapi sistem tiga kamera belakang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera kedalaman 2MP dan makro 2MP manakala kamera hadapan pula beresolusi 16MP. Telefon ini menampilkan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 20W PD. Ia turut mengekalkan bicu fon kepala 3.5mm serta dilengkapi pengimbas cap jari.

Peranti ini menyertakan RAM 12GB dan storan dalaman 256GB yang boleh diperluaskan serta dijalankan dengan sistem operasi Android 15, namun tiada maklumat rasmi didedahkan mengenai cip pemproses yang digunakan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Trump Mobile

Exit mobile version