More

    Trump perkenal perkhidmatan telco sendiri, lengkap dengan telefon edisi khas

    Donald Trump kini menceburi bidang telekomunikasi dengan pelancaran jenama baharu bernama Trump Mobile yang bakal menawarkan perkhidmatan mudah alih di seluruh Amerika Syarikat. Trump Mobile akan beroperasi sebagai MVNO (Operator Rangkaian Maya Mudah Alih) menggunakan infrastruktur rangkaian daripada syarikat-syarikat besar seperti AT&T, Verizon dan T-Mobile.

    Untuk pengetahuan, syarikat ini akan diuruskan oleh diuruskan oleh anak-anak beliau, Donald Jr. dan Eric Trump. Antara tawaran utamanya ialah The 47 Plan yang dinamakan bersempena kedudukan Trump sebagai Presiden AS ke-47 dan ke-45 dengan harga langganan $47.45 sebulan.

    Pelan ini merangkumi:

    • Panggilan, mesej dan data tanpa had
    • Perlindungan peranti sepenuhnya (walaupun tidak dijelaskan secara terperinci)
    • Bantuan tepi jalan 24/7 melalui Drive America
    • Akses kepada perkhidmatan kesihatan maya termasuk rawatan perubatan, sokongan kesihatan mental dan penghantaran ubat preskripsi
    • Panggilan antarabangsa percuma ke lebih 100 negara
    • Tanpa kontrak dan tanpa semakan kredit

    Trump Mobile juga memperkenalkan telefon pintar eksklusif dinamakan Trump T1 Phone dengan kemasan warna emas berharga $499. Telefon ini dijadualkan dilancarkan sekitar Ogos atau September tahun ini dan ia “direka dan dibina dengan bangga di Amerika Syarikat”. Trump T1 Phone hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz.

    Ia dilengkapi sistem tiga kamera belakang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera kedalaman 2MP dan makro 2MP manakala kamera hadapan pula beresolusi 16MP. Telefon ini menampilkan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 20W PD. Ia turut mengekalkan bicu fon kepala 3.5mm serta dilengkapi pengimbas cap jari.

    Peranti ini menyertakan RAM 12GB dan storan dalaman 256GB yang boleh diperluaskan serta dijalankan dengan sistem operasi Android 15, namun tiada maklumat rasmi didedahkan mengenai cip pemproses yang digunakan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Trump Mobile

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured