Site icon TechNave BM

Twitter Blue digantung kerana isu penyamaran identiti dan salah guna

Pengguna Twitter melaporkan bahawa pilihan untuk mendaftar bagi perkhidmatan langganan $7.99 Twitter Blue telah hilang daripada aplikasi iOS platform hanya beberapa hari selepas perkhidmatan itu dilancarkan. Seorang sumber melaporkan bahawa syarikat itu telah menangguhkan pelancaran Twitter Blue.

Anda sebelum ini boleh melanggan Twitter Blue dalam aplikasi iOS tetapi pagi ini pengguna melaporkan bahawa pilihan itu telah hilang. Bagi mereka yang cuba mendaftar dengan pautan yang masih tersedia, ia hanya menunjukkan mesej ralat. Pengguna yang tidak terkira banyaknya telah membeli ciri Twitter Blue untuk menyamar sebagai jenama dan selebriti.

Twitter berkongsi butiran yang mengatakan bahawa mereka sedang berusaha secara aktif untuk menghentikan pengguna daripada melanggan bagi membantu menangani isu penyamaran. Walau bagaimanapun, pengguna yang telah disahkan sebelum pelancaran Blue masih boleh menaik taraf dan mereka yang kini melanggan Blue akan tidak terkesan.

Pelancaran Twitter Blue telah menjadi sangat huru-hara dengan Twitter cuba mengimbangi lonjakan yang mengelirukan dalam isu akaun palsu di mana Elon Musk seperti hilang arah tujuan dan tidak mempersiapkan ciri Blue dengan sempurna. Kesannya, Twitter telah ditinggalkan oleh beberapa selebriti yang berpengaruh di dunia, eksekutif tertinggi meletakkan jawatan dan masalah penyalahgunaan akaun palsu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: The Verge

Exit mobile version