Site icon TechNave BM

Ujian penanda aras AnTuTu: Cipset Snapdragon 8 Gen1 mungkin melepasi 1 juta mata

Telefon Android segmen andalan generasi akan datang telah mencapai skor lebih 1 juta mata dalam ujian tanda aras AnTuTu kerana menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen1. Keputusan itu dilihat oleh blogger Weibo dan belum disahkan oleh pasukan AnTuTu lagi. 

Ini merupakan peningkatan yang kukuh kerana sebelum ini, peranti Snapdragon 888(+) mendapat markah pada pertengahan 800,000 dan cipset yang lain di bawah 800,000. 

Terdapat sebanyak empat peranti yang menggunakan Snapdragon 8 Gen1 yang mungkin diumumkan sebelum hujung tahun ini antaranya iaitu Xiaomi 12, Moto Edge 30 Ultra, OnePlus 10 Pro (terdapat khabar angin mendakwa ia akan diumumkan pada bulan Januari) dan telefon daripada iQOO. Pelancaran cipset tersebut akan diadakan pada 30 November ini.

Peranti yang diuji masih tidak diketahui tetapi dijangka merupakan telefon Motorola segmen andalan walaupun pengurus produk Lenovo menafikannya. Sudah pasti, Snapdragon bukan satu-satunya cipset Android yang telah melepasi tanda aras 1 juta mata tetapi juga Dimensity 9000 4 nm terbaharu yang walaupun dalam kapasiti tidak rasmi. 

Snapdragon nampaknya mempunyai kelebihan mata yang sangat sedikit dengan keputusan tidak rasmi membuatkan kami sukar untuk membuat sebarang kesimpulan. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version