Site icon TechNave BM

Ulasan HONOR Magic5: Versi standard andalan yang cukup berkuasa seperti varian Pro

Tidak sampai sebulan selepas keluaran global di Mobile World Congress (MWC) 2023, siri HONOR Magic5 telah tiba ke pasaran Malaysia. Kali ini, HONOR Malaysia bukan sahaja membawakan versi Pro, malah versi standard HONOR Magic5 turut menyertai barisan ini untuk pelancaran negara ini. 

Kami mendapat HONOR Magic5 berwarna biru dan akan memberitahu anda spesifikasi serta konfigurasi telefon ini. 

HONOR Magic5: Glacier Blue

Reka bentuk – Terlalu menonjol, tetapi masih kelihatan eksklusif 

Versi standard dan versi Pro siri HONOR Magic 5 adalah serupa daripada segi penampilan (modul kamera belakang versi Pro agak tebal). Reka bentuk belakangnya masih sama seperti model sebelum ini sambil menampilkan Muse Eye baharu. Ia berbentuk roda bintang tiga kamera yang agak besar, tetapi ketebalannya masih seimbang pada badan yang nipis dan ringan.

Pegangan selesa
Modul kamera yang besar tetapi tidak terlalu tebal
Badan yang nipis walaupun membawa bateri besar 5,100mAh
Reka bentuk dan kemasannya cukup eksklusif
Tidak terlalu rata krana modul kameranya

Daripada segi warna, HONOR Magic5 mempunyai lima pilihan warna, namun hanya Glacier Blue dan Black sahaja yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia. Secara peribadi, saya merasakan biru pada tangan saya ini kelihatan ringkas dan elegan seperti biru langit yang masih menunjukkan eksklusif sebagai antara telefon utama.

HONOR Magic5 mempunyai berat 191g dengan reka bentuk penutup belakang melengkung. Walaupun begitu, dengan ukuran ketebalan yang nipis menjadikannya mudah dan selesa untuk dipegang dengan satu tangan walaupun ia mempunyai skrin besar. 

Kanan: Butang audio dan kuasa
Sisi Kiri
Bawah: Port USB-C. slot dwi-SIM dan pembesar suara
Atas: Mikrofon dan pembesar suara

Bahagian hadapannya pula dilengkapi dengan paparan melengkung LTPO 6.73 inci yang menyokong 1.07 bilion paparan warna, perlindungan mata PWM frekuensi tinggi 2160Hz, menyokong gamut warna lebar 100% DCI-P3 dan kesan HDR 10+ dan paparan pintar 120Hz yang boleh dilaraskan.

Skrin sisi melengkung, pegangan premium
Menyokong paparan skrin, membuka kunci cap jari di dalam skrin
Hadir dengan sarung silikon
Barangan dalam kotak

Spesifikasi – Kerana Snapdragon 8 Gen 2, prestasi cukup menakjubkan

Berikut adalah spesifikasi penuh HONOR Magic5: 

Siri HONOR Magic5 dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan menggunakan sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13. Walaupun HONOR Magic5 bukanlah yang pertama dilengkapi dengan pemproses utama ini, dengan kerjasama tiga enjin pengoptimuman prestasi yang dibangunkan sendiri oleh HONOR dan pengurusan kawalan terma pintar AI, telefon ini boleh memberikan prestasi yang lebih lancar.

Maklumat siri HONOR Magic5

Telefon ini dilengkapi dengan skrin OLED 6.73 inci yang turut digelar skrin empat lengkung terapung, menyokong resolusi 1224 x 2688, kadar penyegaran 120Hz dan PWM pemalapan sehingga 2160Hz. Ini menghasilkan skrin lancar dan kurang penggunaan kuasa serta melindungi pengguna daripada kerosakan mata apabila menonton skrin dalam keadaan gelap.

Tetapan skrin/penyesuaian antara muka utama
Mudah ditatal

Tidak dinafikan, ia memberi ketepatan warna yang baik hasil daripada sokongan gamut warna lebar DCI-P3, 1.07 bilion paparan warna dan kecerahan puncak 1600 nits.

Untuk bahagian kamera, HONOR Magic5 dilengkapi dengan kamera utama 54MP, kamera ultra lebar 50MP, kamera telefoto 32MP dan kamera swafoto 12MP. Kamera utama turut dilengkapi dengan sensor 1 /1.49 inci dan menyokong apertur f/1.9 untuk menangkap lebih banyak cahaya pada waktu malam.

Kamera tiga roda bintang

Prestasi – Segalanya yang perlu ada pada telefon andalan untuk tahun 2023

Kami menggunakan Geekbench dan 3DMark untuk menjalankan ujian penanda aras. Dalam mata larian Geekbench6, HONOR Magic5 mendapat 1440 mata untuk teras tunggal dan 4567 mata untuk berbilang teras.

Data Geekbench 6
3DMark

Berdasarkan carta ujian 3Dmark pula, HONOR Magic5 mempunyai permulaan yang baik dalam ujian, kekal stabil selepas sedikit penurunan, dengan suhu teras tertinggi pada 47 °C dan mencapai kestabilan 67.6%.

Kami bermain game Genshin Impact untuk ujian prestasi di mana kami memilih kualiti grafik tinggi dengan kadar bingkai 60fps, menghidupkan kabur gerakan dan memilih adegan gaming untuk melawan raksasa di alam liar. Tiada sebarang lag semasa permainan dalam masa 30 minit, operasi lancar dan permukaan telefon hanya hangat. Ia juga menyokong GPU Turbo X dengan kadar bingkai pintar untuk kualiti gaming dan grafik yang lancar.

Pembantu Pengurus GAME / Tetapan Kualiti Gaming
Skrin gaming terbaik

Bagi sistem pengendalian, peranti ini menggunakan MagicOS 7.1 berdasarkan Android 13 dengan tambahan ciri seperti widget pada antara muka utama. Pengguna boleh menetapkan fail besar dengan hanya satu klik dan membuka aplikasi secara langsung. Selain itu, akan terdapat garisan mendatar di bawah beberapa aplikasi (aplikasi asli). Jika anda menatal dari bawah ke atas, anda boleh mengaktifkan terus beberapa fungsi utama aplikasi.

MagicOS 7.1
Jalan mudah
Pengecas 66W + USB-C ke USB-A

Daripada segi bateri, HONOR Magic5 mempunyai bateri 5,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Ujian pengecasan memberikan keputusan bermula daripada kuasa 5% kepada 14% dalam 5 minit, 22% dalam 10 minit, 32% dalam 15 minit, 58% dalam 30 minit, 83% dalam 45 minit dan sejam untuk cas penuh.

Keadaan bateri

Selain itu, HONOR Magic5 juga mempunyai prestasi hayat bateri yang baik. Daripada segi main balik YouTube, kami menguji telefon dengan kecerahan dihidupkan dan kelantangan pada tahap tertinggi. Selepas dimainkan selama kira-kira 30 minit, kuasa menurun daripada 40% kepada 36%.

Ia juga mempunyai pembesar suara dwi stereo yang baik dan dengan skrin OLED 6.73 inci, telefon ini juga boleh memberikan pengalaman menonton yang mengasyikkan.

Skrin main balik YouTube
Skrin penuh

Sebagai tambahan kepada peningkatan lensa, HONOR Magic5 dilengkapi dengan HONOR Falcon Camera System. Menurut pengenalan rasmi, AI boleh membantu anda memilih gambar terbaik antara berbilang gambar dalam masa 1.5 saat sebelum dan selepas menekan butang klik. Ia akan menangkap detik-detik menarik secara automatik dalam adegan sukan seperti melompat.

Seterusnya, mari kita lihat antara contoh gambar HONOR Magic5:

Antara muka kamera HONOR Magic5

Kamera HONOR Falcon Camera System:

Imej standard:

Standard / ultra lebar:

1X ZOOM / 2.5X / 10X

1X ZOOM / 2.5X ZOOM 
10X ZOOM/ 50X ZOOM
Mod Potret: Standard / Potret
Kamera swafoto: Standard / Potret
Kamera swafoto: 1X ZOOM / 0.8X / 0.7X

Berdasarkan prestasi imej HONOR Magic5, ketiga-tiga kamera mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri dan hampir boleh mengendalikan kebanyakan senario penggambaran. Imej pada siang hari memberikan definisi tinggi dengan warna yang pekat.

Daripada segi zum, imej zum 10x tidak terlalu pecah namun untuk zum 50x menghasilkan imej yang agak kabur. Bagaimanapun, dengan zum, butiran gambar akan berkurangan dan isu ini lebih ketara apabila ditangkap pada waktu malam. Perlu dinyatakan bahawa apabila bertukar kepada zum 50x, tetingkap kecil akan muncul pada antara muka penangkapan yang memudahkan pengguna merakam subjek yang mereka mahu zum masuk.

Walau bagaimanapun, apabila gambar diambil pada waktu malam, ia masih mampu menghasilkan kualiti yang baik tanpa noise yang tidak terlalu banyak. Namun, sekiranya anda zum masuk, noise akan kelihatan dengan ketara. Pada masa yang sama, hanya zum 10x yang dapat digunakan untuk mod malam. Penggunaan tripod amat disyorkan untuk digunakan bagi menghasilkan kualiti yang lebih baik.

Bagi fungsi mata helang, selain menghidupkannya secara manual, pengguna juga memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan fungsi ini. Agak mudah untuk merakam adegan sukan atau gambar pergerakan seperti berlari dan hasil imej cukup memuaskan.

Mod Malam: Umum / sensor ultra lebar / 2.5X / 10X

Akhir sekali, rakaman video peranti ini menyokong mod filem generasi sebelumnya. Jika anda ingin merakam skrin filem, anda hanya perlu beralih kepada “mod filem” dengan satu klik. Telefon ini menyediakan mod AI atau anda boleh memilih warna LUT mengikut keperluan peribadi anda. Secara keseluruhan, ia sangat mudah dan intuitif. Terdapat sejumlah lapan warna yang anda boleh gunakan untuk penciptaan.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2023/05/RPReplay_Final1684819955.mov
https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2023/05/RPReplay_Final1684819955-2.mov

Ringkasan – Telefon standard andalan Android mempunyai saingan lain

Sebagai versi standard, HONOR Magic5 mempunyai spesifikasi dan konfigurasi terbaik antara telefon mudah alih Android. Prestasi dan kualiti imejnya agak luar biasa. Ia juga mempunyai badan yang bergaya dan nipis serta bateri 5,100mAh yang besar.

Perbezaan terbesar antara HONOR Magic5 dan versi Pro adalah pada kamera belakang dan hadapan serta sistem pengecasan pantas wayarles 50W (tiada pada model standard). Harga HONOR Magic5 di pasaran Malaysia adalah RM3,499 manakala harga Magic5 Pro adalah RM4,299.

Selain itu, di pasaran Malaysia, anda boleh mendapatkan Xiaomi 13 dan OnePlus 11 versi standard pada harga yang sama, masing-masing berharga RM3,499 dan RM3,599. Kedua-dua telefon ini turut dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 2, kamera yang disokong Leica dan sistem kamera Hasselblad serta pengecasan pantas 100W.

Jadi, apakah pendapat anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

(Diterjemahkan daripada TechNave CN)

Exit mobile version