More

    Siri Xiaomi 13 dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 2, sistem kamera Leica dan bateri 4,500mAh bermula RM3,499

    Hari ini, Xiaomi melancarkan siri Xiaomi 13 untuk pasaran Malaysia. Siri Xiaomi 13 menyasarkan untuk menawarkan pengalaman fotografi telefon pintar serba baharu kepada pengguna. 

    Ia menampilkan sistem kamera Leica Vario-Summicron 1:19-2.2/14-75 ASPH pada Xiaomi 13 Pro meliputi jarak fokus dari 14mm hingga 75mm. Ia terdiri daripada kamera utama sudut lebar 23mm dengan penderia IMX989 ultra-besar 1 inci, kamera telefoto terapung 75mm dan kamera sudut ultra lebar 14mm. 

    Dengan mengguna pakai teknologi pemfokusan dalaman peringkat DSLR, lensa telefoto 75mm baharu telefon pintar itu menggunakan reka bentuk kanta terapung untuk mencapai julat fokus daripada 10cm hingga infiniti. Sementara itu, Xiaomi 13 mempunyai julat zum optik 0.6x hingga 3.2x dan turut menampilkan kanta telefoto 75mm.

    Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro juga boleh merakam video dalam Dolby Vision dengan warna terang, nisbah kontras yang tajam dan butiran kaya, menangkap Video Malam Ultra 4K dan menawarkan penstabilan video HyperOIS untuk menangkap dalam kualiti video yang luar biasa.

    Kedua-dua model dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 2 dengan prestasi dan kuasa CPU kecekapan dipertingkatkan sebanyak 37% dan 47% serta kecekapan kuasa masing-masing sebanyak 42% dan 49% berbanding generasi sebelumnya. 

    Siri Xiaomi 13 dilengkapi dengan sistem pengurusan bateri Xiaomi Surge yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi. Bateri 4,500mAh, pada Xiaomi 13 menyokong pengecasan turbo berwayar 67W dan pengecasan turbo wayarles 50W. Xiaomi 13 Pro pula menawarkan bateri 4,820mAh dengan HyperCharge 120W mampu mengecas sehingga 100% dalam masa 19 minit sahaja.

    Xiaomi 13 membawa warna hitam, putih dan flora hijau dengan reka bentuk skrin dan sisi rata serta reka bentuk belakang melengkung 2.5D. Ia menampilkan nisbah skrin-ke-badan 93.3%, bezel dan dagu ultra-nipis 1.61mm. Paparannya AMOLED FHD+ 6.36 inci memberikan ketepatan warna dan kecerahan dengan bahan E6 AMOLED.

    Xiaomi 13 Pro menampilkan badan seramik melengkung 3D dalam warna putih seramik dan hitam seramik. Ia menggunakan paparan WQHD+ AMOLED 120Hz 6.73 inci dengan bahan E6 yang sama, kecerahan skrin penuh 1,200 nits, kecerahan puncak 1,900 nits, disokong oleh Dolby Vision, HDR10+, HDR10 dan HLG serta sokongan Dolby Atmos untuk bahagian audio.

    "
    "

    Spesifikasi lain termasuk kalis habuk dan air IP685, sokongan Wi-Fi 7 di mana Xiaomi 13 Pro menyokong sambungan 5GHz dan 6GHz pada kelajuan ultra tinggi sehingga 5.8 Gbps manakala Xiaomi 13 mampu merealisasikan kelajuan rangkaian sehingga 3.6Gbps.

    Pembelian siri ini memberikan sekali pembaikan di luar jaminan tanpa kos buruh dalam tempoh 12 bulan pertama. Xiaomi juga menawarkan Perkhidmatan Waranti Antarabangsa di lebih 40 pasaran di seluruh dunia dan tiga generasi kemas kini sistem Android bersama kemas kini patch keselamatan selama lima tahun. 

    Pengguna mendapat percubaan percuma selama 6 bulan untuk kedua-dua storan awan Google One sehingga 2TB dan sehingga 6 bulan YouTube Premium dengan akses tanpa iklan ke YouTube dan aplikasi YouTube Music. Pengguna juga boleh berkongsi kunci kereta digital untuk membuka kunci, mengunci dan menghidupkan kereta mereka.

    Berikut merupakan tarikh ketersediaan siri Xiaomi 13 bersama harga, tawaran dan hadiah percuma:

    ProdukHargaTawaran Pra-tempah E-dagang (27 Feb – 7 Mac)Tawaran Pra-tempah kedai Xiaomi (27 Feb – 7 Mac)Tawaran jualan terbuka (8 Mac dan seterusnya)
    Xiaomi 13 (12GB+256GB)RM3,499e-baucar Diskaun RM699 Lazada | ShopeeXiaomi TV P1 43” PERCUMA (bernilai RM 1,799)Redmi Buds 4 PERCUMA (bernilai RM 239)
    Xiaomi 13 Pro (12GB+256GB)RM 4,599e-baucar Diskaun RM799 Lazada | ShopeeFree Xiaomi TV A2 58” PERCUMA (bernilai RM 2,799)Redmi Buds 4 PERCUMA (bernilai RM 239)
    Xiaomi 13 Pro (12GB+512GB)RM 5,999–Xiaomi Watch S1 Pro, Xiaomi Buds 4 Pro, Xiaomi 33W PowerBank 10,000mAh Pocket Edition Pro PERCUMA (jumlah nilai RM 7,469)Xiaomi Watch S1 Pro, Xiaomi Buds 4 Pro, Xiaomi 33W PowerBank 10,000mAh Pocket Edition Pro PERCUMA (jumlah nilai RM 7,469)

    Anda boleh membuat pra-tempah siri Xiaomi 13 di pautan ini. Adakah anda berminat dengan siri Xiaomi 13? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...