Site icon TechNave BM

Ulasan OPPO Band 2 – Reka bentuk premium tapi harga mesra bajet

Setahun selepas melancarkan OPPO Band, HUAWEI kembali lagi dengan membawa jam tangan pintar baharu OPPO Watch 3 bersama OPPO Band 2. Anda boleh kata bahawa OPPO Band 2 mengingatkan kepada Xiaomi Mi Band 7 yang dilancarkan baru-baru ini. Ia boleh menjadi titik penentu keputusan untuk jam tangan pintar kecergasan OPPO Band 2 dengan Xiaomi Mi Band 7 Pro kerana paparan dan harga yang berbeza .

Jam tangan pintar ini ialah penjejak kecergasan yang mendapat reka bentuk segi empat tepat dengan skrin AMOLED 1.57 inci dilindungi oleh kaca 2.5D dan dilengkapi dengan beberapa ciri termasuk monitor kadar jantung, Tidur, NFC, 100 mod sukan, kalis air 5ATM dan banyak lagi. Selain itu, ia dilengkapi dengan cipset Apollo 3.5, PSRAM 8MB dan storan 128 MB. Jadi, mari kita lihat butiran penuh tentang jam tangan pintar ini!

Pakej yang anda akan dapat jika membeli OPPO Band 2
Tali jam apabila dibuka

OPPO Band2 baharu ini didatangkan dalam bentuk segi empat tepat yang kelihatan sporty, bergaya, dan sesuai untuk lelaki dan wanita. Berukuran 45 x 329 x 110.6mm dan berat kira-kira 33g. Bahagian belakang peranti terdapat sesentuh magnet untuk pengecasan dan penderia denyutan jantung.

Badan OPPO Band 2 diperbuat daripada aloi aluminium dengan plastik manakala talinya diperbuat daripada silikon. Beralih kepada skrin paparan, OPPO Band 2 ini mempunyai skrin sentuh AMOLED 1.57 inci dengan resolusi 152 x 486 piksel. Ianya juga padat dengan pelbagai muka jam dan boleh didapati dalam warna hitam dan putih.

Bahagian belakang OPPO Band 2
Nampak kemas dan premium

Unit yang kami terima adalah warna biru atau nama rasminya Baby Blue. Luarannya nampak ‘mahal’ walaupun ia antara jam tangan pintar dengan harga mesra poket. Saya memakainya selama beberapa hari sewaktu berjalan, bersenam malah ketika tidur. Tidak pelik di zaman ini orang memakai jam tangan pintar ketika tidur.

Hal ini adalah kerana OPPO Band 2 memiliki ciri penjejak tidur yang mampu mengukur kenyenyakan tidur dan kualiti tidur anda. Ia adalah salah satu daripada beberapa ciri yang saya akan terangkan dalam ulasan kali ini. Jam tangan pintar ini kalis air 5ATM yang menawarkan perlindungan sehingga kedalaman 50 meter.

Saya memakainya tanpa bimbang untuk kegunaan harian atau semasa berenang. Ia juga mempunyai penderia denyutan jantung, yang mengumpul data tentang kadar denyutan jantung saya selama 24 jam. Selama saya memakainya, jam tangan pintar ini membantu mengawal tidur dengan pemberitahuan tentang keperluan tidur dan boleh mengawasi jadual tidur yang lengkap.

Ia juga mempunyai alat pengesan langkah dan membolehkan saya mengurus dan menganggarkan kalori yang dibakar sepanjang hari. Sebagai tambahan kepada ciri-ciri yang disebutkan di atas. OPPO Band 2 ini boleh menjejaki sehingga 100 aktiviti sukan termasuk berbasikal, mendayung, bola tampar, tenis, besbol, kriket banyak lagi. Ciri tambahan lain ialah peringatan sedentari, jam randik, latihan pernafasan, pemberitahuan dan banyak lagi.

Seperti yang diberitahu oleh OPPO, bateri jam tangan pintar ini berkapasiti 200mAh dengan 7-14 hari penggunaan biasa dan 20 hari masa siap sedia. Semenjak saya mencubanya, saya hanya mengecas sekali sahaja kerana ketahanan bateri dan sistem operasi yang cemerlang. Kapasiti bateri sebenarnya telah meningkat dua kali ganda berbanding peranti generasi pertama tetapi hayat bateri sedikit berubah kerana paparan besar yang perlukan kuasa.

Selepas menerima jam tangan pintar OPPO Band 2 ini, anda perlu memuat turun HeyTap Health pada telefon pintar anda yang tersedia di App Store dan gedung Play. Hubungkan peranti anda dengan jam tangan pintar melalui Bluetooth kemudian masa jam tangan pintar akan ditetapkan secara automatik. Saya dapati aplikasi yang disediakan untuk jam tangan pintar ini sangat mudah dan tidak terlalu padat.

Cukup sekadar yang penting sahaja untuk ditunjukkan pada bahagian menu. Untuk bahagian pemberitahuan pula, ia termasuk mesej, panggilan, kawalan muzik, cuaca, jam randik, penggera dan cari telefon saya. Terdapat juga ketersambungan NFC yang membolehkan pembayaran tanpa tunai. Saya juga boleh membuat panggilan, menyegerakkan kalendar atau menerima pemberitahuan telefon pintar terus daripada peranti ini.

Jika saya ingin melihat data yang telah dikumpulkan seperti kadar denyutan jantung, kiraan langkah atau kualiti tidur dengan paparan yang lebih besar, saya boleh terus melihatnya di telefon pintar anda untuk paparan yang lebih besar dan analisis data yang lebih baik. Pengalaman menggunakan jam tangan pintar ini sangat menakjubkan.

Saya fikir bahawa jam tangan pintar ini hanya mempunyai ciri spesifikasi yang sama seperti jam pintar yang lain jika dilihat pada tanda harganya. Namun, jangkaan saya meleset kerana teruja dengan kualiti bahan binaan dan perasaan ketika menggunakannya. Skrinnya juga cemerlang kerana jelas walaupun di bawah terik matahari.

Memakainya ketika berlari juga tidak terasa berat dan janggal. Hanya terasa seperti memakai gelang sukan serta selesa untuk melakukan apa-apa aktiviti bersama peranti ini. Tambahan, memakainya ketika berpeluh juga tidak menganggu fokus semasa beraktiviti. Jika anda tanya saya dengan bajet RM250 ke bawah untuk jam tangan pintar kecergasan, saya mengesyorkan anda untuk membelinya.

Berfungsi!

Beritahu kami di Facebook jika ulasan ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Spesifikasi OPPO Band 2:

Kelebihan: Reka bentuk premium, ringan, skrin cantik, 100 mod sukan, NFC, boleh dipakai ketika berenang dan bateri tahan lama

Kekurangan: Tiada GPS

Kesimpulan: Sesuai untuk atlet atau pengguna yang suka menjalani kehidupan sihat kerana dapat memantau tahap kesihatan badan tanpa mengeluarkan bajet lebih

Exit mobile version