More

    OPPO Band 2 dilancar di Malaysia: AMOLED 1.57″, 100 mod sukan dan bateri tahan 14 hari berharga RM249

    Selain melancarkan OPPO A77s, OPPO Malaysia hari ini juga melancarkan OPPO Band 2 iaitu jam tangan pintar penjejakan kecergasan terbarunya untuk pasaran tempatan. Memaparkan paparan AMOLED ultra-jelas 1.57 inci dengan ketumpatan piksel 302ppi, skrinnya mempunyai kecerahan puncak 500 nits.

    Selain itu, Band 2 juga ringan pada hanya 33g dan dilengkapi dengan AI Outfit Watch Face 2.0, widget muka jam tersuai, muka jam bercorak serta muka jam tetapan sendiri. Daripada segi pengesanan kesihatan, ia dilengkapi dengan penderia gerakan 6 paksi serta penderia denyutan jantung dan oksigen darah.

    Band 2 juga telah meningkatkan fungsi larian dengan pemantauan kadar denyutan jantung semasa larian, penilaian CRF, cadangan kelajuan larian dan 13 kursus larian. Selain itu, ia menyokong sehingga 100 mod senaman dan pengesanan automatik untuk 4 mod iaitu berjalan, berlari, mesin kecergasan serta mesin mendayung.

    Daripada segi penjejakan tidur, OSleep membolehkan anda menetapkan jadual tidur sebelum waktu tidur dan jam akan mengaktifkan mod tidur pada telefon yang dihubungkan. Semasa anda tidur, jam ini akan memantau tidur, bangun, tempoh tidur, fasa tidur (tidur nyenyak dan tidur ringan), pergerakan mata pantas (REM) dan tahap oksigen darah serta menilai sebarang risiko berdengkur.

    Selepas bangun tidur, anda boleh menyemak laporan kualiti tidur dan laporan dengkuran untuk lebih memahami cara tidur anda. Ciri kesihatan Band 2 juga termasuk pemantauan kadar denyutan jantung sepanjang hari, amaran tekanan masa nyata, laporan tidur dan peringatan minum air untuk membantu anda kekal sihat.

    OPPO mendakwa bahawa Band 2 boleh bertahan selama 14 hari dengan sekali cas. Pengecasan pantas disambungkan melalui magnet membolehkan anda menggunakannya selama sehari dengan hanya 5 minit pengecasan. Band 2 ditawarkan dalam pilihan warna Baby Blue dan Midnight Black dengan harga RM249.

    Band 2 akan tersedia secara rasmi di Malaysia mulai 8 Oktober 2022 dan boleh dibeli di semua My OPPO Space, kedai jenama OPPO, kedai dalam talian rasmi OPPO, peniaga sah OPPO dan E- rakan kongsi seperti Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi OPPO di sini.

    Adakah anda berminat untuk memiliki OPPO Band 2? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...