Site icon TechNave BM

unifi perkenalkan #unificares, tawarkan sokongan rangkaian terbaik untuk pelanggan

Hari ini, unifi memperkenalkan lima inisiatif #unificares bagi mengubah pengalaman secara menyeluruh dengan fokus yang diperbaharui bagi memastikan keperluan pelanggan dipenuhi. Telekom Malaysia Berhad (TM) telah melabur lebih RM1 bilion pada tahun 2021 untuk sokongan rangkaian dan pengalaman terbaik untuk pelanggan.

TM dan unifi akan memberi jaminan baikpulih pelanggan dalam tempoh 24 jam bermula 30 November 2021. Sekiranya tidak dapat dipulihkan dalam tempoh 24 jam setelah aduan dikemukan, pelanggan akan menerima pampasan rebat bil sejumlah RM50 yang boleh dituntut menerusi aplikasi myunifi dalam tempoh 30 hari. Hanya pelanggan dengan pakej 100Mbps dan ke atas sahaja yang layak menerima wang pampasan.

Kemudian, Makluman Perkhidmatan Proaktif (Proactive Service Alert) turut dilaksanakan sebagai satu sistem pengesanan dan intervensi awal untuk pelanggan. Mereka akan dimaklumkan berkenaan proses baikpulih menerusi SMS dan notifikasi di aplikasi myunifi. Inisiatif yang turut diperkenalkan sempena kempen ini adalah aplikasi layan diri EasyfixService Tracker dan unifi Elite

Easyfix membolehkan pelanggan memeriksa dan melakukan kenalpasti masalah (troubleshoot) dengan pantas terhadap sambungan internet, perkhidmatan telefon atau unifi TV. Ia membuat laporan atau ‘service ticket’ secara automatik untuk tindakan segera oleh unifi Care Crew atau menghubungkan pelanggan kepada ejen live chat sekiranya pelanggan masih menghadapi masalah tersebut. Easyfix boleh menerusi aplikasi myunifi di bawah ‘Support’ atau di easyfix.com.my

Pelanggan boleh melihat dan mengetahui status permohonan bantuan perkhidmatan dan teknikal secara masa nyata termasuk butiran TM Care Crew yang ditugaskan, menerusi Service Tracker di aplikasi myunifi. Aplikasi myunifi boleh dimuat turun daripada Google Play Store serta Apple App Store kemudian pengguna boleh mengakses Service Tracker ini di bawah ‘My Activity’ daripada laman Account mereka.

unifi Elite merupakan sekumpulan pakar WiFi yang dilatih khusus untuk memberikan pelanggan khidmat nasihat dan penyelesaian tersendiri bagi meningkatkan pengalaman sambungan mereka sama ada di premis kediaman ataupun perniagaan. 

Pengguna boleh lawati laman web unifi untuk maklumat lanjut berkenaan #unificares ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version