More

    unifi perkenalkan #unificares, tawarkan sokongan rangkaian terbaik untuk pelanggan

    Hari ini, unifi memperkenalkan lima inisiatif #unificares bagi mengubah pengalaman secara menyeluruh dengan fokus yang diperbaharui bagi memastikan keperluan pelanggan dipenuhi. Telekom Malaysia Berhad (TM) telah melabur lebih RM1 bilion pada tahun 2021 untuk sokongan rangkaian dan pengalaman terbaik untuk pelanggan.

    TM dan unifi akan memberi jaminan baikpulih pelanggan dalam tempoh 24 jam bermula 30 November 2021. Sekiranya tidak dapat dipulihkan dalam tempoh 24 jam setelah aduan dikemukan, pelanggan akan menerima pampasan rebat bil sejumlah RM50 yang boleh dituntut menerusi aplikasi myunifi dalam tempoh 30 hari. Hanya pelanggan dengan pakej 100Mbps dan ke atas sahaja yang layak menerima wang pampasan.

    Kemudian, Makluman Perkhidmatan Proaktif (Proactive Service Alert) turut dilaksanakan sebagai satu sistem pengesanan dan intervensi awal untuk pelanggan. Mereka akan dimaklumkan berkenaan proses baikpulih menerusi SMS dan notifikasi di aplikasi myunifi. Inisiatif yang turut diperkenalkan sempena kempen ini adalah aplikasi layan diri Easyfix, Service Tracker dan unifi Elite. 

    Easyfix membolehkan pelanggan memeriksa dan melakukan kenalpasti masalah (troubleshoot) dengan pantas terhadap sambungan internet, perkhidmatan telefon atau unifi TV. Ia membuat laporan atau ‘service ticket’ secara automatik untuk tindakan segera oleh unifi Care Crew atau menghubungkan pelanggan kepada ejen live chat sekiranya pelanggan masih menghadapi masalah tersebut. Easyfix boleh menerusi aplikasi myunifi di bawah ‘Support’ atau di easyfix.com.my. 

    Pelanggan boleh melihat dan mengetahui status permohonan bantuan perkhidmatan dan teknikal secara masa nyata termasuk butiran TM Care Crew yang ditugaskan, menerusi Service Tracker di aplikasi myunifi. Aplikasi myunifi boleh dimuat turun daripada Google Play Store serta Apple App Store kemudian pengguna boleh mengakses Service Tracker ini di bawah ‘My Activity’ daripada laman Account mereka.

    unifi Elite merupakan sekumpulan pakar WiFi yang dilatih khusus untuk memberikan pelanggan khidmat nasihat dan penyelesaian tersendiri bagi meningkatkan pengalaman sambungan mereka sama ada di premis kediaman ataupun perniagaan. 

    Pengguna boleh lawati laman web unifi untuk maklumat lanjut berkenaan #unificares ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...