Site icon TechNave BM

Video baru tunjukkan rupa keseluruhan Samsung Galaxy Z Flip 5G

Sebelum ini kami sudah pun melaporkan tentang gambar dan imej janaan komputer yang menunjukkan rupa awal peranti lipat Samsung Galaxy Z Flip 5G. Kini, sebuah video pendek yang nampak seperti video rasmi daripada Samsung telah pun dimuat naik ke Twitter, menunjukkan rupa keseluruhan telefon pintar lipat itu.

Seperti gambar sebelum ini, video tersebut menunjukkan Galaxy Z Flip 5G dengan warna gangsa Mystic Bronze. Berdasarkan video tersebut, telefon ini tidak ada banyak bezanya dengan varian sebelumnya, Galaxy Z Flip, jika dibandingkan dalam segi rupa luaran.

Seperti yang tertera pada namanya, peranti lipat yang akan dilancarkan pada 5 Ogos ini bakal mempunyai 5G. Selain itu, ia akan dikuasai oleh cipset Snapdragon 865 Plus yang baru sahaja dilancarkan.

Menurut sumber di Twitter, perbezaan antara Galaxy Z Flip dengan Galaxy Z Flip 5G hanyalah sekadar pada sokongan 5G, cipset dan saiz di mana Galaxy Z Flip 5G adalah 0.5mm lebih tebal dan 0.1mm lebih tinggi.

Adakah anda merancang untuk mendapatkan Galaxy Z Flip 5G kelak? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter Evan Blass, Max Weinbach

Exit mobile version