Site icon TechNave BM

Video Instagram Stories kini tidak lagi dihadkan kepada 15 saat sahaja

Buat para penggemar video pendek Instagram Stories, mereka kini boleh memuat naik video dengan tempoh yang lebih panjang ke dalam platform tersebut.

Jika anda memuat naik video yang berdurasi bawah 60 saat ke dalam Stories, Instagram tidak akan membahagikannya kepada klip pendek yang berdurasi 15 saat untuk satu klip. Video yang berdurasi bawah 60 saat kini akan dianggap seperti satu klip video dalam Instagram Stories.

Sebelum ini, Instagram mengehadkan tempoh klip video Stories selama 15 saat sahaja. Ini menyusahkan pengguna yang ingin memuat naik video yang lebih panjang ke dalam fungsi tersebut.

Oleh yang demikian, anda boleh luangkan lebih banyak masa dalam satu klip Instagram Stories yang berdurasi sehingga satu minit. Sungguh pun begitu, tempoh yang lebih panjang ini mungkin tidak digemari oleh mereka yang utamakan video ringkas dalam Shorts.

Ini adalah langkah terbaru daripada Instagram dalam meningkatkan fungsi video. Sebelum ini, Instagram telah memperkenalkan Reels bagi menyaingi TikTok dan pengguna boleh berkongsi video ke dalamnya dengan durasi bawah 90 saat.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechCrunch

Exit mobile version