More

    Pengguna Instagram Malaysia kini boleh guna Reels seperti TikTok, tambah muzik, lirik di Stories

    Setelah berjaya meraih populariti dalam penggunaan Stories dalam aplikasi Instagram, Facebook kini memperkenalkan pula Instagram Reels untuk pengguna di Malaysia. Anda kini sudah boleh menggunakan ciri video pendek ini melalui aplikasi Instagram anda.

    Terdahulu, ia sudah dilancarkan di beberapa buah negara luar. Ciri yang disifatkan sebagai pesaing TikTok ini juga mengetengahkan konsep mencipta dan berkongsi video pendek bersama audio dan muzik.

    Baca lebih lanjut mengenai panduan menggunakan Reels di pautan ini

    Untuk mencipta dan berkongsi video pendek kreatif, berikut adalah ciri-ciri yang boleh digunakan menurut Facebook dalam pengumuman pelancaran Instagram Reels di Malaysia pada hari ini.

    ● Tempo: Pilihan untuk mempercepat atau memperlahankan bahagian video atau audio yang anda pilih. Ini dapat membantu anda mengekalkan rentak atau membuat video gerakan perlahan.
    ● Pemasa dan Kiraan Balik: Tetapkan pemasa untuk merakam sebarang klip anda secara bebas tangan. Apabila anda menekan butang rakaman, kiraan undur 3-2-1 akan berdetik, sebelum rakaman bermula untuk jangka masa yang anda pilih.
    ● Teks dan Pelekat Stiker mengikut waktu: Tambahkan teks atau pelekat stiker pada saat tertentu dalam video anda.
    ● Jajaran: Sejajarkan objek dari klip sebelumnya sebelum merakam gambar seterusnya untuk membantu membuat peralihan yang lancar untuk saat-saat tertentu seperti perubahan pakaian atau menambahkan rakan baru ke dalam Reel anda.
    ● Mencantikkan (Touch-Up): Menambah kesan kesempurnaan pada kandungan anda dan keupayaan untuk mengawal tahap intensiti.

    Selain itu, Facebook hari ini turut membawa masuk fungsi pelekat atau sticker muzik untuk anda letakkan sama ada di Stories Instagram atau Facebook. Terdapat juga paparan lirik di Stories dan keupayaan untuk menyalin muzik pada profil Facebook dan Instagram.

    Jika anda masih belum dapat menggunakan Reels, kami menyarankan anda untuk menunggu kemas kini Instagram yang baharu. Sudahkah anda mencuba Reels di Instagram? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...