(Video) Pandangan pertama HONOR MagicBook dengan AMD Ryzen 5, SSD 512GB berharga RM2,299

HONOR Malaysia telah melancarkan komputer ribanya yang terbaru iaitu HONOR MagicBook pada harga RM2,299. Komputer riba mampu milik daripada HONOR ini adalah sebuah produk yang menarik untuk kegunaan multimedia harian anda. Dengan sempadan bezel senipis 5.2mm dan nisbah skrin-ke-badan setinggi 81%, ia akan memberi paparan gambar yang lebih imersif.

Komputer riba ini dilengkapi skrin LCD IPS 14 inci, cipset AMD Ryzen 5 3500U, kad grafik Radeon Vega 8, RAM DDR4 8GB, bateri 57.4Wh, pembesar suara Dolby Atmos dan sistem operasi Windows 10. Setiap HONOR MagicBook turut disertakan bersama Microsoft Office. Ingin membayangkan prestasi HONOR MagicBook dan melihatnya dengan lebih dekat? Jom tonton video pandangan pertama kami terhadap komputer riba ini!

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia dan ikuti kami di saluran YouTube TechNave BM untuk lebih video terkini mengenai gajet di Malaysia!