Site icon TechNave BM

Video rasmi Motorola Razr 2022 dedahkan skrin luarnya boleh digunakan untuk bermain “game”

Video promosi yang dikongsi oleh Pengurus Besar Lenovo, Chen Jin telah mendedahkan sesuatu yang menarik mengenai Motorola Razr 2022 yang akan datang. Ia menunjukkan bahawa telefon pintar lipat ini akan mempunyai skrin penutup yang besar serta boleh digunakan untuk gaming

Video tersebut memaparkan skrin penutup sedang memainkan game dadu. Selain itu, ia juga mendedahkan persediaan dwi-kamera mendatar dengan flash LED. Sebelum ini, terdapat maklumat mengatakan bahawa kamera peranti akan terdiri daripada sensor utama 50MP dan sensor sudut ultra lebar 13MP.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2022/07/Moto-Razr-2022-1.mp4

Motorola Razr 2022 disahkan menggunakan paparan dengan potongan lubang tebuk (punch-hole) dan pengurangan bahagian dagu. Khabar angin mendakwa ia akan membawa panel 6.7 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia juga disahkan akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 terkini. 

Peranti ini mungkin dilancarkan pada bulan Ogos atau September ini. Kami masih menunggu butiran seterusnya menjelang pelancaran peranti. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version