More

    Video rasmi Motorola Razr 2022 dedahkan skrin luarnya boleh digunakan untuk bermain “game”

    Video promosi yang dikongsi oleh Pengurus Besar Lenovo, Chen Jin telah mendedahkan sesuatu yang menarik mengenai Motorola Razr 2022 yang akan datang. Ia menunjukkan bahawa telefon pintar lipat ini akan mempunyai skrin penutup yang besar serta boleh digunakan untuk gaming. 

    Video tersebut memaparkan skrin penutup sedang memainkan game dadu. Selain itu, ia juga mendedahkan persediaan dwi-kamera mendatar dengan flash LED. Sebelum ini, terdapat maklumat mengatakan bahawa kamera peranti akan terdiri daripada sensor utama 50MP dan sensor sudut ultra lebar 13MP.

    Motorola Razr 2022 disahkan menggunakan paparan dengan potongan lubang tebuk (punch-hole) dan pengurangan bahagian dagu. Khabar angin mendakwa ia akan membawa panel 6.7 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia juga disahkan akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 terkini. 

    Peranti ini mungkin dilancarkan pada bulan Ogos atau September ini. Kami masih menunggu butiran seterusnya menjelang pelancaran peranti. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured