Site icon TechNave BM

vivo S9 mungkin bakal jadi telefon pertama dengan Dimensity 1100

vivo mungkin bakal menjadi jenama telefon pintar yang pertama untuk menghasilkan peranti dengan cipset 6nm terbaru daripada MediaTek iaitu Dimensity 1100. Peranti tersebut adalah vivo S9 dan ia mungkin akan dilancar seawal bulan hadapan.

Menurut sumber dari Weibo, beliau telah memuat naik sebuah poster untuk vivo S9 yang akan dilengkapi dwi-kamera swafoto 44MP dalam sebuah takuk (notch) di bahagian atas tengah skrin. Untuk bahagian belakang pula, ia akan dilengkapi tiga kamera yang akan disusun secara segi tiga.

Selain daripada itu, vivo S9 mungkin akan dilengkapi skrin berukuran 6.4 inci dengan resolusi 2400×1080. Berdasarkan penyenaraian dalam Google Play Console, telefon itu akan dilengkapi RAM 12GB dan perisian OriginOS berdasarkan Android 11.

Telefon terbaru dalam vivo S sebelum ini adalah vivo S7t yang berharga 2,598 Yuan (~RM1,631), jadi kita mungkin boleh jangkakan harga serupa untuk S9. Dimensity 1100 adalah sebuah cipset 6nm yang mampu menyokong skrin 168Hz serta sensor kamera 108MP.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Digital Chat Station

Exit mobile version