Site icon TechNave BM

vivo V27 dijual dengan diskaun sehingga RM200 sempena bulan Kemerdekaan

Sepanjang bulan Ogos 2023 yang bakal menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-66, vivo Malaysia kini sedang menganjurkan promosi khas untuk telefon pintar vivo V27, di mana ia kini boleh dibeli dengan potongan diskaun sehingga RM200.

Berikut adalah maklumat penuh untuk varian dan harga diskaun vivo V27 sepanjang promosi ini:

vivo V27 (8GB+256GB): RM1,699 (harga asal RM1,799)
vivo V27 (12GB+256GB): RM1,799 (harga asal RM1,999)

vivo V27 merupakan telefon vivo dengan skrin 3D melengkung yang ternipis oleh syarikat tersebut, dengan ketebalan 7.36mm sahaja untuk memudahkan genggaman. Selain itu, ia turut mempunyai kamera utama dengan penstabilan imej optikal (OIS) dan sensor Sony IMX766V untuk kualiti gambar mirip telefon yang lebih mahal.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang vivo V27 dalam artikel pelancarannya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version