More

    vivo V27 dilancar di Malaysia: Dimensity 7200, AMOLED 120Hz, kamera Aura Light Portrait bermula RM1,799

    vivo Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu vivo V27. Seperti telefon lain dalam siri vivo V sebelum ini, ia menampilkan rekaan yang cantik dan dilengkapi fungsi fotografi khas, kali ini dengan sistem Aura Light Portrait.

    Modul kamera vivo V27 terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766V, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto dengan jumlah megapiksel yang agak tinggi iaitu 50MP. Fungsi Aura Light Portrait pula membenarkan pengguna untuk mengambil gambar mod potret yang jelas walaupun dalam situasi malap.

    Kamera vivo V27 mempunyai beberapa fungsi lagi yang dikhaskan untuk penggambaran malap, seperti Real-Time Extreme Night Vision untuk pra-tonton jelas pada skrin telefon sebelum mengambil gambar, Super Night Mode untuk larasan warna yang lebih natural dan Super Night Video untuk kualiti video yang lebih jelas dalam suasana malap.

    Untuk menstabilkan kamera sewaktu mengambil gambar dan merakam video, vivo V27 dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS) dan Hybrid Image Stabilisation.

    Selain kamera, rekaan vivo V27 juga merupakan penarik utama kerana ia mempunyai kaca yang boleh berubah warna apabila didedahkan kepada cahaya matahari. Telefon ini merupakan telefon vivo ternipis yang mempunyai bahagian sisi melengkung, dengan badan senipis 7.36mm sahaja dan berat 180 gram.

    Untuk spesifikasi, ini adalah antara telefon terawal yang menggunakan cipset MediaTek Dimensity 7200 iaitu cipet kelas pertengahan terbaru oleh MediaTek. Memori RAM boleh dibesarkan sebanyak 8GB lagi dengan Extended RAM, namun storannya tidak boleh dibesarkan dengan kad microSD. Selain itu, baterinya turut menyokong kadar pengecasan pantas 66W yang boleh mengecas sehingga 50% dalam masa 19 minit sahaja.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo V27:

    • Skrin AMOLED 6.78 inci, resolusi 2400×1080, kadar segar semula 120Hz, pengiktirafan SGS Eye Care Display
    • Cipset MediaTek Dimensity 7200
    • RAM 8GB atau 12GB, boleh dibesarkan lagi sebanyak 8GB dengan Extended RAM
    • Storan dalaman 256GB
    • Kamera utama 50MP Sony IMX766V + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 50MP
    • Bateri 4,600mAh
    • Pengecasan pantas FlashCharge 66W
    • Sistem operasi Android 13 dengan Funtouch OS 13
    • Menyokong hubungan Bluetooth 5.3, Wi-Fi 2.4GHz/5GHz
    • Port USB-C, pengecas cap jari dalam skrin
    • Warna Emerald Green, Flowing Gold dan Noble Black
    • Harga:
      • 8GB+256GB: RM1,799
      • 12GB+256GB: RM1,999

    Bermula 1 April hingga 1 Mei 2023, pelanggan awal yang membeli vivo V27 layak mendapat hadiah percuma bernilai RM957, yang terdiri daripada jaminan lanjutan 1 tahun, perlindungan skrin 1 tahun dan kotak hadiah eksklusif. Di samping itu, vivo akan memberi Diskaun Pendidikan bernilai RM50 untuk pembelian vivo V27 (varian 12GB) jika anda menunjukkan kad pengenalan pendidikan/kerja sewaktu membuat pembelian.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...