Site icon TechNave BM

vivo V29 Pro bakal dilancar: Tampilkan skrin OLED 120Hz 6.7″, tri-kamera 64MP dan bateri 5,000mAh

Nampaknya, vivo akan melancarkan vivo V29 Pro tidak lama lagi berkemungkinan dalam bulan Jun ini. Sebelum ini, syarikat itu telah melancarkan V27 dan melancarkan vivo V27 dan nampaknya ia akan melonjak terus ke vivo V29 Pro. Halaman vivo Filipina telah meletakkan imej promosi V29 Pro dengan tulisan “akan datang”sambil mendedahkan kebanyakan spesifikasi utamanya.

Ia hadir dengan skrin sentuh OLED 1080p 120Hz melengkung 6.7 inci, tri-kamera belakang tiga 64MP, kamera utama di bahagian hadapan 50MP menunjukkan terdapat lebih daripada satu sensor dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas berwayar 66W. Telefon ini akan mempunyai RAM 12GB dan storan 256GB.

Kami menjangka ia akan menggunakan sistem operasi Funtouch 13 berdasarkan Android 13 namun maklumat ini mungkin tidak benar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: vivo Filipina

Exit mobile version