Site icon TechNave BM

vivo Y21T akan dilancar pada 3 Januari 2022, dilengkapi Snapdragon 680

vivo bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan pertama untuk tahun hadapan iaitu vivo Y21T pada 3 Januari 2022 di India. Telefon tersebut bakal dilengkapi cipset Snapdragon 680 dan hanya menyokong rangkaian 4G LTE.

Ia dikhabarkan bakal dilengkapi bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 18W, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB manakala untuk fotografi pula, ia akan dilengkapi kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Telefon tersebut mungkin akan dijual pada harga bermula INR15,000 (~RM840).

vivo Y21T bakal menjadi telefon vivo kedua yang dilengkapi cipset Snapdragon 680 selepas vivo Y32 dilancar pada awal bulan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo Y21T dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: My Smart Price

Exit mobile version