More

    vivo Y32 dilancar: Dilengkapi SD 680, skrin LCD 6.51” dan bateri 5,000mAh berharga ~RM925

    vivo Y32 pertama kali muncul di TENAA pada akhir November lalu. Penyenaraian telefon di TENAA kemudiannya dikemas kini dengan mendedahkan keseluruhan spesifikasinya pada awal Disember. Kini, vivo Y32 akhirnya diumumkan di China.

    vivo Y32 berukuran 164.26 x 76.08 x 8mm dan berat 182g serta hadir dalam dua pilihan warna iaitu Harumi Blue dan Foggy Night. Ia memiliki cipset Qualcomm Snapdragon 680, RAM LPDDR4x 8GB dan storan 128GB UFS 2.1. Storannya boleh dikembangkan sehingga 1TB melalui slot kad MicroSD.

    Telefon ini menampilkan panel LCD HD+ 6.51 inci dengan resolusi 1600 x 720 piksel dan kadar penyegaran semula 60Hz. Paparan mempunyai nisbah kontras 1500:1, nisbah skrin-ke-badan 89%, nisbah aspek 20:9 dan mempunyai takuk titisan air (waterdrop).

    Bahagian belakangnya mempunyai dwi-kamera 13MP + 2MP manakala bahagian hadapannya mempunyai kamera swafoto 8MP. Bagi sambungan, peranti ini dilengkapi dengan dwi-SIM, 4G, WiFi dwi-jalur, Bluetooth 5.0, GNSS (GPS, BeiDou, GLONASS, GALILEO, QZSS), port USB-C dan bicu audio 3.5mm serta pengimbas cap jari yang dipasang di sisi.

    Akhir sekali, vivo Y32 menggunakan paparan antara muka OriginOS berasaskan Android 11 dan mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. vivo Y32 berharga ¥1,399 (~RM925). vivo masih belum mendedahkan ketersediaannya untuk pasaran di China dan pasaran global.

    Komen di Facebook kami tentang pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...