Site icon TechNave BM

Wear OS sokong navigasi Google Map luar talian, Soundcloud dan Deezer menyusul

Semalam semasa acara Galaxy Unpacked 2022, Samsung telah melancarkan Siri Galaxy Watch5 baharunya yang dikuasakan oleh Wear OS Google. Ini termasuk Play Store yang direka bentuk semula, sokongan untuk navigasi Google Map luar talian dan banyak lagi.

Wear OS 3.5 berdasarkan Samsung One UI Watch 4.5 boleh dilihat secara langsung di Play Store yang membawa peningkatan besar daripada rupa semasa. Selain daripada baik pulih grafik, Play Store baharu turut mempunyai bahagian untuk aplikasi kegemaran dan tersuai untuk pengguna jam tangan pintar.

Selain itu, siri Galaxy Watch5 juga menunjukkan navigasi Google Map luar talian yang baharu sedang digunakan. Ciri ini sangat bagus bagi mereka yang melakukan aktiviti bersenam di luar rumah tanpa perlu membawa barangan yang perlu dipegang.

Anda juga boleh mendengar muzik kegemaran anda melalui SoundCloud dan Deezer bakal dilancarkan ke Wear OS tidak lama lagi seperti yang diumumkan di Twitter semalam. Tweet itu juga menunjukkan bahawa kedua-dua aplikasi ini akan membenarkan anda memuat turun lagu kegemaran anda pada jam untuk didengari di luar talian.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Police

Exit mobile version