Site icon TechNave BM

WhatsApp bolehkan pengguna “mute” & hantar mesej kepada individu semasa panggilan kumpulan

WhatsApp telah menambah beberapa ciri baharu untuk menjadikan panggilan kumpulan lebih terurus dan seronok. Mulai minggu ini, pengguna boleh senyapkan (mute) dan menghantar mesej kepada orang tertentu dalam panggilan kumpulan anda. 

Hal ini dikesan oleh The Verge dalam satu tweet di mana WhatsApp mengumumkan perkara tersebut. ini dapat  mengelakkan situasi janggal daripada bunyi di latar belakang semasa panggilan kumpulan.

WhatsApp juga telah memperkenalkan beberapa ciri baharu sejak akhir-akhir ini. Terdapat penambahan togol (toggle) privasi baharu yang memberi orang kawalan ke atas foto profil dan status “Terakhir Dilihat” (Last Seen) mereka. Syarikat itu juga memudahkan pengguna Android untuk memindahkan sejarah sembang mereka ke iPhone.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Engadget

Exit mobile version