More

    Data sembang WhatsApp kini boleh dipindah dari peranti Android ke iPhone

    Akhirnya, data sembang WhatsApp dari Android boleh dipindahkan ke iOS. Namun, pengguna WhatsApp beta akan mencuba ciri tersebut terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan secara meluas. Walaupun ciri itu telah diumumkan hari ini, ia akan mengambil masa kira-kira seminggu untuk disediakan kepada semua pengguna.

    Proses untuk memindahkan sembang WhatsApp dari Android ke iPhone tidaklah semudah yang disangka. Pengguna perlu memuat turun aplikasi “Alih ke iOS” (Move to iOS) pada telefon pintar Android mereka. Pengguna juga perlu memastikan iPhone dikemas kini ke iOS 15.5 dan peranti Android kepada Android 5.0.

    WhatsApp pada iPhone juga perlu dikemas kini kepada 2.22.10.70 atau ke atas manakala Android perlu dikemas kini kepada 2.22.7.74 atau lebih baru. Kedua-dua peranti mesti disambungkan ke WiFi yang sama dan dalam pengecasan untuk pemindahan data sembang WhatsApp.

    Berikut merupakan cara anda boleh memindahkan data sembang WhatsApp dari Android ke iPhone:

    1. Kod akan dipaparkan pada iPhone anda. Setelah mendapat notifikasi, masukkan kod pada peranti Android
    2. Klik pada “Teruskan” (Continue) dan ikuti mesej pada skrin
    3. Pilih WhatsApp pada skrin “Pemindahan Data” (Transfer Data)
    4. Klik “Mula” (Start) pada peranti Android dan tunggu WhatsApp menyediakan data untuk dieksport. Anda akan dilog keluar daripada telefon pintar Android setelah data disediakan
    5. Klik “Seterusnya” (Next) untuk kembali ke “Alih” (Move) dalam aplikasi iOS
    6. Klik “Teruskan” (Continue) untuk memindahkan data daripada telefon Android ke iPhone anda dan tunggu “Pindah ke iOS” (Move to iOS) untuk mengesahkan pemindahan selesai
    7. Kemas kini versi terkini WhatsApp daripada App Store
    8. Buka WhatsApp dan log masuk menggunakan nombor telefon yang sama yang digunakan pada telefon pintar Android anda
    9. Klik “Mula” (Start) dan tunggu proses selesai
    10. Selesaikan pengaktifan pada peranti baharu dan anda akan melihat sembang WhatsApp pada iPhone anda

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: India Today

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...