WhatsApp telah menambah ciri baharu pada WhatsApp beta untuk Android, iOS dan Desktop dengan melancarkan keupayaan untuk melihat senarai pengguna yang terdahulu dalam kumpulan.
Menurut Wabetainfo, WhatsApp mengeluarkan ciri ini kepada beberapa penguji beta yang memasang versi beta terbaru WhatsApp daripada TestFlight. Seperti imej di bawah, terdapat pilihan baharu pada penghujung senarai peserta kumpulan yang membolehkan penguji menemui orang yang meninggalkan atau telah dialih keluar dalam tempoh 60 hari yang lalu.
Ciri ini tidak terhad kepada pentadbir kumpulan sahaja tetapi semua orang boleh membuka bahagian peserta yang lalu. Seperti biasa, mereka yang meninggalkan atau telah dialih keluar daripada kumpulan tidak dapat melihat fungsi ini.
Ciri ini telah dikeluarkan kepada beberapa penguji beta pada hari ini dan lebih banyak pengaktifan akan diikuti dalam beberapa minggu akan datang. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: Wabetainfo

